Wednesday, 4 April 2018

Bernikah Berkahwin Berpoligami Sah Diiktiraf Kerajaan Malaysia





Bernikah Berkahwin Berpoligami Sah Diiktiraf Kerajaan Malaysia

Poligami Thailand Nikah Siam Kahwin Thai Wali Hakim Bertauliah




As salam,

Saya menawarkan khidmat nikah, kahwin, poligami, wali hakim dalam masa 1 jam sahaja yang dibuat di Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala Cawangan Betong. Kawasan ini aman & tenteram tanpa sebarang perintah darurat. Tiada ancaman banjir seperti di Songkhla & Narathiwat. Majoriti penduduk di sini adalah Melayu Islam bermazhab Shafie yang fasih berbahasa Melayu & menggunakan Ringgit Malaysia dalam urusan seharian.

Hanya Negeri Yala mempunyai Pejabat Agama yang terletak  5 minit perjalanan dari Kompleks Imigresen Malaysia (5 minit sahaja dari sempadan). Jangan percaya dengan kenyataan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana nikah yang dibuat di sini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Ini telah disahkan oleh Pejabat Agama di Malaysia & di Thailand.

Sejak dari tahun 2009 hingga ke hari ini, saya telah membawa lebih dari 500 pasangan tanpa sebarang masalah untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Kadi Wilayah Yala terdiri daripada tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Tuan Guru dan Pegawai Majlis Agama akan menjadi saksi nikah. Sijil Nikah yang asli akan terus diberikan kepada pasangan selepas akad nikah.

Tiada masalah untuk daftar di Malaysia kerana semua dokumen yang berkaitan akan dibekalkan. Pegawai Agama di sana juga sedia datang ke Malaysia bagi membantu urusan daftar nikah pasangan. Elakkan bernikah di tempat awam seperti rumah kadi, masjid, hotel, dll kerana pasangan berisiko ditipu oleh Sindiket Nikah yang tidak diiktiraf. Tidak sah nikah jika akad dibuat dalam Malaysia oleh kadi dari Thailand.

Kenderaan disediakan dari Tol Kuala Kangsar Lebuhraya PLUS/Gerik/Pulau Pinang/Baling/Pengkalan Hulu. Saya hanya membawa 1 pasangan bagi setiap perjalanan (bukan secara berkumpulan) untuk menjaga privacy pasangan terbabit. Tiada kos tambahan dikenakan jika rakan atau wali/ahli keluarga turut serta semasa urusan.

Saya sendiri menguruskan segala urusan hingga selesai, bukan melalui pihak ketiga atau agen.

Sila email elmyda@gmail.com atau call +6 017-595 5633 untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih.

Monday, 1 January 2018

Nikah Kahwin Poligami - Kadi Bertauliah - Diiktiraf Malaysia



SILA RUJUK LINK DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Pakej Jimat Untuk Warga Malaysia

Pengiktirafan Majlis Agama Islam Wilayan Yala Oleh Mahkamah Syariah Melaka

Rujukan Akhbar Kosmo & Malaysiakini





Sila email ke elmyda@gmail.com atau call sy di hp no 017-595 5633 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai khidmat yang ditawarkan.

Tuesday, 5 December 2017

Pengiktirafan Majlis Agama Islam Wilayah Yala Oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka



Pengiktirafan Majlis Agama Islam Wilayah Yala Oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Sila call/sms/whatsapp ke 017-595 5633 untuk perkhidmatan Nikah Kahwin Poligami yang ditawarkan di selatan Thailand.

Wednesday, 1 November 2017

Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa

Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa

29th July 2017

PUTRAJAYA 27 Julai – Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat

Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009.

Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

– Utusan Online
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/anak-luar-nikah-boleh-bin-nama-bapa-1.507979


Tuesday, 19 September 2017

PAKEJ JIMAT RM 1500.00 NIKAH DI THAILAND




PAKEJ JIMAT RM 1500.00 NIKAH DI THAILAND


1. Wakil dari Majlis Agama Islam Wilayah Yala akan menjemput pasangan di pintu sempadan Malaysia untuk dibawa ke pejabat agama untuk urusan nikah.

2. Hanya 1 pasangan akan dibawa berurusan bagi setiap perjalanan untuk menjaga privacy pasangan terbabit.

3. Pasangan bebas memilih tarikh urusan yang bersesuaian, 7 hari seminggu termasuk hari jumaat, sabtu dan ahad.

4. Urusan selesai dalam 1 hari sahaja & sijil nikah akan diberikan kepada pasangan dalam hari yang sama.

5. Pejabat Agama akan membuat penghantaran dokumen pengesahan nikah melalui POSLAJU terus kepada pasangan dalam tempoh 1 minggu.

6. Pasangan bebas membawa wali, ahli keluarga atau rakan (maksimum 5 orang termasuk pasangan) tanpa perlu membuat sebarang bayaran tambahan.


SILA RUJUK LINK DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Mengapa Perlu Memilih Khidmat Dari Saya

http://www.kahwinthailand.com/2017/03/mengapa-perlu-memilih-khidmat-dari-saya.html

Maklumat Lengkap Khidmat Yang Di Tawarkan

http://www.kahwinthailand.com/2015/03/maklumat-terperinci-mengenai-proses.html

Bukti Pasangan Yang Telah Berjaya Mendaftarkan Pernikahan Di Malaysia Melalui Khidmat Saya

http://www.kahwinthailand.com/2016/05/bukti-pejabat-majlis-agama-islam.html

http://www.kahwinthailand.com/2016/05/lagi-bukti-majlis-agama-islam-wilayah.html


http://www.kahwinthailand.com/2016/11/majlis-agama-islam-pahang-mengiktiraf_3.html

Rujukan Akhbar Utusan Malaysia Dan Harian Metro

http://www.kahwinthailand.com/2015/04/harian-metro-kahwin-ekspres-mencanak.html

http://www.kahwinthailand.com/2015/04/tak-sukar-berpoligami-di-yala.html




Sila email ke elmyda@gmail.com atau call sy di hp no 017-595 5633 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai khidmat yang ditawarkan.

Tuesday, 12 September 2017

Nikah di Siam Daftar di Perlis

Nikah di Siam Daftar di Perlis



ARAU – Kerajaan Negeri Perlis menawarkan kepada semua pasangan Islam yang berpoligami di luar negara seperti Thailand untuk mendaftar perkahwinan mereka dengan mudah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Pasangan yang berkahwin di negara jiran hanya perlu mempunyai dokumen pengesahan mereka telah berkahwin bagi mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini. Dengan kelonggaran yang diumumkan, pasangan terbabit tidak lagi perlu menghadiri proses perbicaraan di mahkamah seperti sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Perlis, Datuk Khairi Hasan berkata, perkara itu bukan hanya tertakluk kepada pasangan dari negeri ini semata-mata tetapi turut melibatkan pasangan dari negeri lain yang bernikah di negara jiran, mereka juga boleh mendaftar semula pernikahan masing-masing di JAIPs.
“Perlis menawarkan mana-mana lelaki yang berpoligami di luar negara tidak lagi perlu ke mahkamah untuk mendaftar pernikahan mereka di negara ini.
“Cukup pasangan suami isteri itu datang ke JAIPs dan hanya perlu membayar yuran proses pendaftaran nikah sebanyak RM2,020,” kata beliau pada majlis Penyerahan Lembu Korban di Kuarters Veterinar Guar Nangka di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4sUITJRiP 
Hakcipta terpelihara 


Monday, 31 July 2017

JAIS lancar program 'Jom Daftar Nikah'


26 Jul 2017

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melancarkan program khas “Jom Daftar Nikah”  terbuka kepada pasangan Islam yang bernikah sebelum 1 Januari 2017 tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka.

Pengarahnya Datuk Haris Kassim berkata program selama tiga bulan bermula 1 Ogos ini khusus kepada pasangan bermaustautin di Selangor yang gagal mendaftarkan pernikahan mereka mengikut peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pendaftaran nikah pasangan suami isteri yang mengikuti program ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh kira-kira 120 hari, katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.

Menurutnya program khas itu dibuat berikutan peningkatan jumlah kes pasangan suami isteri yangberkahwin tanpa mendaftar secara sah perkahwinan mereka mengikut enakmen itu.

“Mengikut statistik, pada tahun 2015 sebanyak 1,708 kes berkahwin tidak mengikut enakmen berkenaan direkodkan dan jumlah itu kemudian meningkat kepada 1,938 kes pada 2016. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 796 kes telah direkodkan.

"Mereka yang tidak berkahwin mengikut enakmen ini antaranya pasangan yang berkahwin secara rahsia kerana mendapat tentangan keluarga, berkahwin tanpa permohonan ataukebenaran daripada pendaftar dan perkahwinan di luar Selangor oleh wali hakim yang meragukan,” katanya.

Haris berkata perkahwinan yang tidak mengikut enakmen ini mempunyai pelbagai implikasi negatif, antaranya tidak mempunyai dokumen pernikahan yang sah, kesulitan untuk mendaftarkan kelahiran anak berikutan ibu bapa tiada sijil nikah dan berkemungkinan pernikahan itu tidak sah.

Menurutnya sekiranya berlaku perceraian atau kematian, sebarang tuntutan ke atas harta peninggalan dan harta sepencarian tidak dapat dilakukan kerana hak isteri serta anak tidak diiktiraf di mahkamah berikutan pernikahan itu tidak didaftarkan.

“Sesiapa yang bernikah tanpa mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Haris berkata melalui program ini individu terbabit perlu hadir ke pejabat Jais di daerah masing-masing, dengan membawa dokumen sokongan pernikahan seperti kad pengenalan suami isteri, pasport sebagai bukti perjalanan jika bernikah di negara jiran dan Akuan Pengesahan Permastautinan di Selangor.

- Bernama

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/389810#rSzpzDQitsKFXL3j.99