Monday, 31 July 2017

JAIS lancar program 'Jom Daftar Nikah'


26 Jul 2017

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melancarkan program khas “Jom Daftar Nikah”  terbuka kepada pasangan Islam yang bernikah sebelum 1 Januari 2017 tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka.

Pengarahnya Datuk Haris Kassim berkata program selama tiga bulan bermula 1 Ogos ini khusus kepada pasangan bermaustautin di Selangor yang gagal mendaftarkan pernikahan mereka mengikut peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pendaftaran nikah pasangan suami isteri yang mengikuti program ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh kira-kira 120 hari, katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.

Menurutnya program khas itu dibuat berikutan peningkatan jumlah kes pasangan suami isteri yangberkahwin tanpa mendaftar secara sah perkahwinan mereka mengikut enakmen itu.

“Mengikut statistik, pada tahun 2015 sebanyak 1,708 kes berkahwin tidak mengikut enakmen berkenaan direkodkan dan jumlah itu kemudian meningkat kepada 1,938 kes pada 2016. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 796 kes telah direkodkan.

"Mereka yang tidak berkahwin mengikut enakmen ini antaranya pasangan yang berkahwin secara rahsia kerana mendapat tentangan keluarga, berkahwin tanpa permohonan ataukebenaran daripada pendaftar dan perkahwinan di luar Selangor oleh wali hakim yang meragukan,” katanya.

Haris berkata perkahwinan yang tidak mengikut enakmen ini mempunyai pelbagai implikasi negatif, antaranya tidak mempunyai dokumen pernikahan yang sah, kesulitan untuk mendaftarkan kelahiran anak berikutan ibu bapa tiada sijil nikah dan berkemungkinan pernikahan itu tidak sah.

Menurutnya sekiranya berlaku perceraian atau kematian, sebarang tuntutan ke atas harta peninggalan dan harta sepencarian tidak dapat dilakukan kerana hak isteri serta anak tidak diiktiraf di mahkamah berikutan pernikahan itu tidak didaftarkan.

“Sesiapa yang bernikah tanpa mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Haris berkata melalui program ini individu terbabit perlu hadir ke pejabat Jais di daerah masing-masing, dengan membawa dokumen sokongan pernikahan seperti kad pengenalan suami isteri, pasport sebagai bukti perjalanan jika bernikah di negara jiran dan Akuan Pengesahan Permastautinan di Selangor.

- Bernama

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/389810#rSzpzDQitsKFXL3j.99

Saturday, 29 July 2017

Bernikah Berkahwin Berpoligami Sah Diiktiraf Kerajaan Malaysia





Bernikah Berkahwin Berpoligami Sah Diiktiraf Kerajaan Malaysia

Poligami Thailand Nikah Siam Kahwin Thai Wali Hakim Bertauliah


As salam,

Saya menawarkan khidmat nikah, kahwin, poligami, wali hakim dalam masa 1 jam sahaja yang dibuat di Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala Cawangan Betong. Kawasan ini aman & tenteram tanpa sebarang perintah darurat. Tiada ancaman banjir seperti di Songkhla & Narathiwat. Majoriti penduduk di sini adalah Melayu Islam bermazhab Shafie yang fasih berbahasa Melayu & menggunakan Ringgit Malaysia dalam urusan seharian.

Hanya Negeri Yala mempunyai Pejabat Agama yang terletak  5 minit perjalanan dari Kompleks Imigresen Malaysia (5 minit sahaja dari sempadan). Jangan percaya dengan kenyataan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana nikah yang dibuat di sini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Ini telah disahkan oleh Pejabat Agama di Malaysia & di Thailand.

Sejak dari tahun 2009 hingga ke hari ini, saya telah membawa lebih dari 500 pasangan tanpa sebarang masalah untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Kadi Wilayah Yala terdiri daripada tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Tuan Guru dan Pegawai Majlis Agama akan menjadi saksi nikah. Sijil Nikah yang asli akan terus diberikan kepada pasangan selepas akad nikah.

Tiada masalah untuk daftar di Malaysia kerana semua dokumen yang berkaitan akan dibekalkan. Pegawai Agama di sana juga sedia datang ke Malaysia bagi membantu urusan daftar nikah pasangan. Elakkan bernikah di tempat awam seperti rumah kadi, masjid, hotel, dll kerana pasangan berisiko ditipu oleh Sindiket Nikah yang tidak diiktiraf. Tidak sah nikah jika akad dibuat dalam Malaysia oleh kadi dari Thailand.

Kenderaan disediakan dari Tol Kuala Kangsar Lebuhraya PLUS/Gerik/Pulau Pinang/Baling/Pengkalan Hulu. Saya hanya membawa 1 pasangan bagi setiap perjalanan (bukan secara berkumpulan) untuk menjaga privacy pasangan terbabit. Tiada kos tambahan dikenakan jika rakan atau wali/ahli keluarga turut serta semasa urusan.

Saya sendiri menguruskan segala urusan hingga selesai, bukan melalui pihak ketiga atau agen.

Sila email elmyda@gmail.com atau call +6 017-595 5633 untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih.